PENGENALAN & FUNGSI UNIT

Unit Payudara & Endokrin (ENB) merupakan salah satu unit dalam bahagian pembedahan umum/am di bawah Jabatan Surgeri dan mempunyai kepakaran dalam merawat penyakit yang berkaitan payudara & endokrin. Unit ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian endokrin & payudara am dan bahagian rekonstruktif payudara (BRS). Kesemua bahagian di dalam unit ini menawarkan perkhidmatan klinikal kepada pesakit seperti khidmat perundingan penyakit di Klinik Surgeri, pengurusan jagarawatan pesakit di Wad Surgeri dan pembedahan di Dewan Bedah Utama, HCTM.

Selaras dengan objektif hospital untuk menjadi pusat penyelidikan dalam bidang kesihatan & perubatan serta sebagai hospital mengajar, unit ENB juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti penyelidikan serta memberikan khidmat pengajaran & pembelajaran akademik bagi melahirkan lebih ramai doktor siswazah, pakar bedah, penyelidik dan ahli akademik khususnya dalam bidang kepakaran Breast Endocrine Surgery. Secara keseluruhan, fungsi Unit ENB adalah:

  1. Memberikan rawatan kepakaran kepada pesakit-pesakit kanser payudara & tiroid di Klinik Surgeri, Wad Surgeri, dan Dewan Bedah.
  2. Melakukan pembedahan kes elektif dan kecemasan.
  3. Memberi pengajaran dan pembelajaran (akademik) bidang pembedahan kepada pelajar prasiswazah Ijazah Doktor Perubatan, pelajar pascasiswazah Doktor Pakar Surgeri
  4. Menganjurkan Seminar/Bengkel/Workshop/CME bagi perkongsian pengetahuan oleh pelbagai unit di Jabatan Surgeri.
  5. Terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan peringkat jabatan.
  6. Menyediakan platfom untuk latihan sangkutan klinikal/fellowship dari Institusi Awam dan Swasta yang lain

 


MAKLUMAT AHLI / ORGANISASI UNIT

 

 


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1. Khidmat Klinikal

a) Perundingan dan perkhidmatan klinik bagi rujukan pesakit luar & dalam (pesakit lama dan baru) diadakan sebanyak 4 sesi seminggu iaitu pada hari:

        • Isnin (petang) : Klinik Payudara Rekonstruktif (2.00 -5.00 petang)
        • Khamis (pagi) : Klinik Payudara Am Klinik (8.00 pagi-1.00 petang)
        • Khamis (petang) : Klinik Payudara Rekonstruktif (2.00 -5.00 petang)
        • Jumaat : Klinik Endokrin (8.00 pagi- 5.00 petang)

b) Rawatan Wad:

        • Semua Wad Surgeri & Kes Rujukan dari wad-wad lain di HCTM.

c) Aktiviti pembedahan (elektif dan kecemasan) di Dewan Bedah Utama (Operating Theatre-OT), HCTM terbahagi kepada dua sesi setiap minggu iaitu:

        • Selasa : Hari OT Endokrin dan Payudara Am (9.00 pagi- 5.00 petang)
        • Jumaat : Hari OT Payudara Rekonstruktif (9.00 pagi- 5.00 petang)

d) Memberikan perkhidmatan Ultrasound Guided Biopsy kepada pesakit kes-kes tiroid dan payudara.

e) Penganjuran bengkel dan latihan kepada pelajar, doktor,jururawat dan kakitangan sokongan.

 

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan khidmat perundingan, rawatan & temujanji di Klinik Pakar UKM (Swasta), sila rujuk laman sesawang Pusat Pakar UKM > ukmsc.com.my

 

2. Khidmat Akademik

a) Semua ahli unit terlibat dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran pelajar Prasiswazah & Pascasiswazah

      • Menyelaras pengurusan peperiksaan akhir pelajar-pelajar perubatan Tahun 3 dan Tahun 5
      • Sebagai Pemeriksa untuk Peperiksaan Akhir Ikhtisas (teori, klinikal dan penandaan kertas jawapan)
      • Terlibat di dalam penaksiran soalan dan vetting question
      • Terlibat di dalam peperiksaan ulangan (penandaan kertas jawapan)
      • Menjalankan bed side teaching dan terlibat di dalam seminar/ bengkel

b) Program Latihan Sangkutan:

      • Clinical Fellowship – dalam & luar negara (minimum latihan 6 bulan & ke atas – sila berhubung terus dengan SPS –Sekretariat Pengajian Siswazah, Fakulti Perubatan)
      • Clinical Attachment (latihan kurang dari 6 bulan, permohonan perlu melalui Administrative One Stop Centre @ AOSC)

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang prosidur permohonan untuk program latihan sangkutan ini, sila rujuk laman sesawang HCTM > https://hctm.ukm.my/pelajar/

 

3. Kumpulan Sokongan

Untuk pesakit-pesakit barah payudara di HCTM, terdapat perkhidmatan sokongan yang diterajui oleh Profesor Dr. Norlia Abdullah melalui Kumpulan Sokongan TEMAN (Team Efforts in Maintaining Awareness and Nurturing breast cancer patients). Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kumpulan sokongan ini boleh menghubungi sekretariat TEMAN di talian 03- 9145 4872 atau datang ke Bilik Informasi Payudara di tingkat bawah, Klinik Surgeri, HCTM.


AKTIVITI MINGGUAN UNIT

Petunjuk:

ENB –Endocrine & Breast (Kes Payudara & Endokrin)

BRS – Breast Reconstructive (Kes Payudara sahaja)

Kemaskini: 8/2/2022