PENGENALAN & FUNGSI UNIT

Unit Urologi UKM telah ditubuhkan secara rasmi sekitar 1980-an. Unit ini pada awalnya merupakan sebahagian daripada Pembedahan Am dan beroperasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kemudiannya dipindahkan ke HCTM pada tahun 1996, di bawah pimpinan Lt. Kol (PA) Professor Dr. Zulkifli Md Zainuddin selaku Ketua Unit.

Selain itu, Unit urologi juga bergiat aktif dalam aktiviti penyelidikan dan akademik dengan memberikan khidmat pengajaran & pembelajaran bagi melahirkan lebih ramai doktor siswazah, pakar bedah, penyelidik dan ahli akademik yang professional khususnya dalam bidang kepakaran Urologi.  Secara keseluruhan, fungsi Unit Urologi adalah:

  1. Memberikan rawatan kepakaran kepada pesakit urologi di Klinik Surgeri, Wad Kebakaran, dan Dewan Bedah.
  2. Melakukan pembedahan kes elektif dan kecemasan.
  3. Memberi pengajaran dan pembelajaran (akademik) bidang pembedahan kepada pelajar prasiswazah Ijazah Doktor Perubatan, pelajar pascasiswazah Doktor Pakar Surgeri
  4. Menganjurkan Seminar/Bengkel/CME berkaitan perawatan pesakit.
  5. Terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan peringkat jabatan.
  6. Menyediakan platfom untuk latihan sangkutan klinikal/fellowship dari Institusi Awam dan Swasta yang lain

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

MAKLUMAT AHLI / ORGANISASI UNIT


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1. Khidmat Klinikal

a) Klinik:

Dua kali seminggu yang memuatkan lebih 180-200 pesakit bagi setiap minggu. Sesi bagi klinik dijalankan pada hari Isnin pagi, Selasa petang (sebulan sekali untuk Men’s Health Clinic) dan Jumaat pagi.

b) Bilik Pembedahan / Prosedur :

        • Dewan Daycare GA pada Hari Selasa, Daycare LA list, Trus Biopsy of prostate.
        • Dewan Elektif pada hari Rabu (dua senarai) dan Khamis (satu senarai)
        • Urodinamic Study pada setiap hari Khamis.
        • ESWL pada hari Khamis dan Jumaat.

c) Wad:

        • Wad Urologi terletak di Wad Surgeri 3 (5D) yang boleh menempatkan 28 pesakit pada satu-satu masa.
        • Menempatkan pesakit rujukan dari wad lain menerusi hospital.
        • Rujukan dari hospital lain.

d) Wad Jagaan Harian Urologi:

        • Menjalankan prosedur TOV pada setiap hari di mana pesakit tidak perlu bermalam di wad pada hari prosedur dijalankan.
        • Mengajar dan memberi taklimat kepada pesakit berkenaan cara pemakaian Clean Intermittent Self-Catheterization (CISC), penjagaan dan cara penggunaan.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan khidmat perundingan, rawatan & temujanji di Klinik Pakar UKM (Swasta), sila rujuk laman sesawang Pusat Pakar UKM > ukmsc.com.my

 

2. Khidmat Akademik

a) Semua ahli unit terlibat dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran pelajar Prasiswazah & Pascasiswazah

        • Menyelaras pengurusan peperiksaan akhir pelajar-pelajar perubatan Tahun 3 dan Tahun 5
        • Sebagai Pemeriksa untuk Peperiksaan Akhir Ikhtisas (teori, klinikal dan penandaan kertas jawapan)
        • Terlibat di dalam penaksiran soalan dan vetting question
        • Terlibat di dalam peperiksaan ulangan (penandaan kertas jawapan)
        • Menjalankan bed side teaching dan terlibat di dalam seminar/ bengkel

b) Program Latihan Sangkutan:

        • Clinical Fellowship – dalam & luar negara (minimum latihan 6 bulan & ke atas – sila berhubung terus dengan SPS –Sekretariat Pengajian Siswazah, Fakulti Perubatan)
        • Clinical Attachment (latihan kurang dari 6 bulan, permohonan perlu melalui Administrative One Stop Centre @ AOSC)

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang prosidur permohonan untuk program latihan sangkutan ini, sila rujuk laman sesawang HCTM > https://hctm.ukm.my/pelajar/

 

3. Kumpulan Sokongan – The New Beginning-Support Group for Prostate Cancer

Kumpulan Sokongan Pesakit Kanser Prostate Unit Urologi dengan kerjasama National Cancer Society Malaysia dan Syarikat Pharmaceutical Abbvie Sdn.Bhd telah bermula pada 14 Mei 2015 dengan tajaan awal sebanyak RM100,000 bagi menjayakan program ini diseluruh Malaysia.

Di HCTM, Kumpulan sokongan ini diketuai oleh fasilitator daripada National Cancer Society Malaysia yang sebenarnya adalah pesakit Kanser Prostat dan dipengerusikan oleh En. A.S Dass. Aktiviti ini dikendalikan sepenuhnya oleh mereka dan dibantu dengan penjelasan dari aspek klinikal, perubatan, nasihat dan tunjuk ajar oleh pakar-pakar urologi & onkologi.

Objektif kumpulan sokongan ini adalah untuk memberikan sokongan dan memberi peluang kepada setiap individu untuk berkongsi pengalaman, memberi inspirasi, serta harapan baru kepada pesakit-pesakit kanser prostat.

 Antara aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan sokongan ini adalah:

  • Sesi perjumpaan/ceramah bersama pesakit
  • Larian amal

AKTIVITI MINGGUAN UNIT

 

Tarikh Kemaskini: 16/2/2022