PENGENALAN & FUNGSI UNIT

Unit Kolorektal merupakan salah satu unit dalam bahagian pembedahan am di bawah Jabatan Surgeri dan mempunyai kepakaran dalam pembedahan khas kes-kes kolorektal. Unit ini menawarkan perkhidmatan klinikal kepada pesakit kolorektal seperti khidmat perundingan penyakit di Klinik Surgeri, pengurusan jagarawatan pesakit di Wad Surgeri dan pembedahan di Dewan Bedah Utama, HCTM.

Selaras dengan objektif hospital untuk menjadi pusat penyelidikan dalam bidang kesihatan & perubatan serta sebagai hospital mengajar, unit ini juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti penyelidikan serta memberikan khidmat pengajaran & pembelajaran akademik dalam melatih lebih ramai doktor siswazah, pakar bedah, penyelidik dan ahli akademik khususnya dalam bidang kepakaran Kolorektal. Secara keseluruhan, fungsi Unit Kolorektal adalah:

  1. Memberikan rawatan kepakaran kepada pesakit-pesakit kolorektal di Klinik Surgeri, Wad Surgeri, dan Dewan Bedah.
  2. Melakukan pembedahan kes elektif dan kecemasan.
  3. Memberi pengajaran dan pembelajaran (akademik) bidang pembedahan kepada pelajar prasiswazah Ijazah Doktor Perubatan, pelajar pascasiswazah Doktor Pakar Surgeri
  4. Menganjurkan Seminar/Bengkel/Workshop/CME
  5. Terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan peringkat jabatan.
  6. Menyediakan platfom untuk latihan sangkutan klinikal/fellowship dari Institusi Awam dan Swasta yang lain

MAKLUMAT AHLI / ORGANISASI UNIT


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Khidmat Klinikal

  1. Perundingan dan perkhidmatan klinik bagi rujukan pesakit luar & dalam (pesakit lama dan baru) pada setiap hari Selasa (8.00 pagi – 5.00 petang)
  2. Rawatan Wad – Semua Wad Surgeri & Kes Rujukan dari wad-wad lain di HCTM.
  3. Aktiviti pembedahan di Dewan Bedah Utama, HCTM:
    • Elektif – setiap hari Khamis
    • Kecemasan – setiap hari
  4. Bertugas atas panggilan (on-call)
  5. Endoskopi elektif 2 kali seminggu (Isnin & Rabu) serta kes kecemasan bila perlu.
  6. Imbasan ultrabunyi / Endoanal Ultrasound (EAUS) – Isnin & Rabu
  7. Anorektal Manometri – Rabu
  8. Multidiciplinary Team (MDT) untuk kanser kolorektal – 2 kali sebulan pada setiap hari jumaat.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan khidmat perundingan, rawatan & temujanji di Klinik Pakar UKM (Swasta), sila rujuk laman sesawang Pusat Pakar UKM > ukmsc.com.my

 

Khidmat Akademik

 Semua ahli unit terlibat dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran pelajar Prasiswazah & Pascasiswazah dalam pembedahan kolorektal.

  • Pengajaran sisi katil
  • Syarahan Tahun 3
  • Pengajaran teknik surgeri
  • Perbincangan klinikal : Journal Club (setiap jumaat), SWORD & RECAP (sekali sebulan), CME
  • Pengajaran & perbincangan penyelidikan calon Doktor Pakar Surgeri Am.
  • Penyeliaan penyelidikan Sarjana Surgeri Am
  • Peperiksaan prasiswazah dan pascasiswazah

Program Latihan Sangkutan:

  • Clinical Fellowship – dalam & luar negara (minimum latihan 6 bulan & ke atas – sila berhubung terus dengan SPS –Sekretariat Pengajian Siswazah, Fakulti Perubatan)
  • Clinical Attachment (latihan kurang dari 6 bulan, permohonan perlu melalui Administrative One Stop Centre @ AOSC)

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang prosidur permohonan untuk program latihan sangkutan ini, sila rujuk laman sesawang HCTM > https://hctm.ukm.my/pelajar/


AKTIVITI MINGGUAN UNIT

Kemaskini: 18 Februari 2022