PENDAHULUAN

Bertempat di Hospital Besar Kuala Lumpur, di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Jabatan Ortopedik, Fakulti Perubatan UKM, 2 Orang Juruteknik Perubatan telah mendapat pendedahan awal selama satu tahun sebelum mereka dihantar mengikuti kursus dalam bidang pengkhususan masing-masing (prostetik & ortotik) di Bangalore, India pada tahun 1982 dan sekali lagi mengikuti  kursus bidang yang sama di Jepun pada tahun 1993 bagi  meningkatkan pengetahuan yang berkaitan dengan teknik dan penggunaan bahan berteknologi tinggi untuk menghasilkan prostesis & ortosis bagi pesakit sebagai alat bantuan dalam rawatan pemulihan anggota.

Di Hospital UKM (sekarang disebut HCTM), Unit Prostetik & Ortotik di tubuhkan pada 1 Mei 1998 setelah perkhidmatan 2 orang Juruteknik Perubatan dari Fakulti Perubatan UKM diserapkan ke Hospital UKM di bawah PTJ Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (JPPP). Mereka berdua diberi tanggungjawab membangun dan mengembangkan perkhidmatan ortotik untuk pesakit HUKM manakala perkhidmatan prostetik dikendalikan oleh syarikat swasta yang diberi hak menyewa melalui tender penyewaan bahagian prostetik.

 

PENGENALAN

Unit Prostetik & Ortotik (Unit P&O) adalah diantara 5 unit klinikal dalam Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan yang terlibat secara langsung dalam pasukan pemulihan (rehab team) di HCTM. Beroperasi melalui perkhidmatan ortotik dengan menggunakan thermoplastik sebagai bahan utama yang diimport bagi menghasilkan ortosis untuk pesakit HCTM yang dirujuk ke unit ini.

 

RUJUKAN

Hanya menerima rujukan dari Pakar / Pegawai Perubatan / Pegawai Pemulihan / Terapis HCTM dengan menggunakan Borang Rujukan Unit P&O HUKM/JKIK/JPPP/UPO/B11 yang telah dilengkapkan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan merangkumi ukur, reka, fabrikasi, ujian penyesuaian, pemasangan dan serahan ortosis, ‘readjust’ / ’repair’ ortosis serta melaksanakan ujian penyesuaian dan pemasangan ‘rehab-aid’.

Penghasilan ortosis adalah mengikut pengkelasan ortosis seperti berikut:-

  •  Perkhidmatan menghasilkan ‘direct mould orthosis :-

Pesakit yang hadir bersama borang rujukan yang telah dilengkapkan oleh perujuk akan diberi perkhidmatan pada hari yang sama setelah bersetuju membuat bayaran penuh secara tunai pada hari yang sama ortosis dipasang /dibekalkan.

  • Perkhidmatan menghasilkan ‘indirect mould orthosis :-

Pesakit yang hadir ke Unit P&O bersama borang rujukan yang telah dilengkapkan oleh perujuk akan diberi tarikh temujanji pertama setelah bersetuju membuat bayaran penuh semasa tarikh temujanji dan pengukuran dijalankan.