Audiologis adalah profesional bertauliah dalam mengenalpasti, mencegah, menilai dan menguruskan masalah yang berkaitan dengan pendengaran serta memberikan perkhidmatan (re)habilitasi/pemulihan pendengaran terhadap bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Selain itu, audiologis juga berperanan dalam mengenalpasti masalah keseimbangan badan, tinitus (bunyi dalam telinga) dan penilaian alat bantu pendengaran.

 

Perkhidmatan Klinikal

 

  1. Penilaian Diagnostik Pendengaran

Penilaian dijalankan bagi mengetahui status pendengaran seseorang dari aspek tahap serta jenis masalah pendengaran.

  1. Penilaian Alat Bantu Pendengaran (ABP)

Ianya merangkumi sesi kaunseling berkenaan ABP, percubaan serta pemilihan ABP dan pemakaian ABP. Pemantauan berkenaan pemakaian serta prestasi pendengaran selepas pemakaian ABP akan dipantau pada sesi penilaian susulan.

  1. Perkhidmatan & Penilaian Implan Koklea

Ianya melibatkan penilaian pendengaran kepada calon implan koklea. Pemetaan akan dijalankan sesi susulan selepas penggunaan implant koklea.

  1. Penilaian & Pengurusan Tinitus

Sesi kaunseling dijalankan bagi membantu pesakit memahami tinnitus yang dialami serta membantu pesakit dalam mengadaptasi masalah yang dialami.

  1. Perkhidmatan & Penilaian Ujian Keseimbangan

Penilaian vestibular dijalankan kepada pesakit yang mengalami vertigo serta ketidak seimbangan diri bagi mengenalpasti masalah yang dialami.