Pressure Garment @ Kain Tekanan Cerunan

Video menerangkan mengenai jenis-jenis Kain Tekanan Cerunan atau Pressure Garment. Video ini juga mengajar teknik pemakaian serta penjagaan Kain Tekanan Cerunan.

Aktiviti-Aktiviti Bagi Mengekalkan Fungsi Kognitif

Perkongsian aktiviti -aktiviti yang boleh dipraktiskan oleh pesakit bagi mengekalkan kefungsian kognitif. Aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pesakit supaya sentiasa aktif, berdikari secara optimum, bersosial dan meningkatkan kualiti hidup.

Latihan Pergerakan Anggota Atas Untuk Pesakit Strok

Dapatkan tips bermanfaat yang boleh digunakan oleh pesakit strok bagi menguatkan otot anggota atas dalam membantu menjalankan kefungsian harian.

Teknik Pernafasan Ketara Sedar

Anda berasa bimbang keterlaluan dan stress sehingga menggangu kefungsian aktiviti harian? Lakukan latihan pernafasan ketara sedar ini.

Teknik Penjagaan sendi

Kenalpasti dan ketahui teknik-teknik dalam penjagaan sendi. Teknik-teknik ini sesuai untuk individu yang mempunyai masalah sakit-sakit sendi. Jom Praktis.

Tips penjagaan pesakit Dementia /warga emas ketika musim Covid-19

Informasi kepada pesakit dan penjaga berkaitan penjagaan pesakit dan Dementia terutama ketika musim pandemik Covid-19. Tips-tips yang berguna bagi penjagaan yang optimum khususnya dari aspek kesihatan dan keselamatan.

Teknik Progresif Otot (Progressive Muscular Relaxation)

Inginkan kelegaan pada otot yang tegang? Mari praktiskan latihan progresif otot ini agar anda kekal aktif dengan rutin aktiviti kefungsian harian

Teknik Pernafasan Dalaman

Minda sihat melalui relaksasi. Teknik ini dilakukan hanya dengan mengawal pernafasan. Teknik relaksasi boleh mengurangkan kerisauan, melancarkan peredaran darah dan menenangkan fikiran.