Objektif JPPP

  1. Menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada pekerja kesihatan yang lain, pesakit, penjaga dan komuniti.
  2. Menyumbangkan pengalaman mengajar kepada pelajar dan ahli klinikal yang lain.
  3. Menggalakkan pembelajaran berterusan kepada kakitangan untuk memperbaiki dan memperkembangkan kualiti penjagaan pesakit.
  4. Memberi peluang, galakkan dan sokongan kepada kakitangan dalam memperkembangkan kerjaya dalam bidang atau profesion masing-masing.
  5. Memberikan rawatan pemulihan yang komprehensif kepada pesakit.
  6. Memberikan rawatan terbaik berdasarkan kebolehan dan kepakaran yang ada bagi menyediakan individu ke peringkat yang sangat bermakna dalam kehidupannya.
  7. Menambahbaik keadaan fizikal, auditori dan kebolehan berkomunikasi kepada individu ke peringkat yang optimum dengan mempertimbangkan limitasi seperti keterukan, kecederaan, kesakitan dan kecelaruannya.
  8. Memastikan pesakit dapat berdikari dan menjalankan cara penjagaan hidup, kerja dan bidang lapangan yang produktif.
  9. Menghasilkan dan membekalkan ortosis kepada pesakit bagi tujuan mencegah dari berlakunya kecacatan, mengawal kondisi dari bertambah teruk, memulihkan kecacatan dan memposisikan anggota dalam keadaan tertentu bagi mempercepatkan proses pemulihan.

 

Philosophy
We S.E.R.V.E. with passion
S – Sincere
E – Enthusiasm
R – Responsive
V – Vigor
E – Exemplary