Psiko Pendidikan: Penjagaan Pesakit Demensia
Bersempena Program Memasyarakatkan Kesihatan Rakyat, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan HCTM menganjurkan program Psiko Pendidikan: Penjagaan Pesakit Demensia untuk memberi pendedahan berkenaan demensia kepada penjaga dan warga umum. Program diadakan pada 12 Disember 2023, jam 8.30 pagi di Dewan Serbaguna 1 & 2, Blok Tambahan, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, HCTM.
Program ini telah menyusun barisan penceramah profesional dalam menyampaikan ilmu untuk memberi kesedaran kepada para peserta yang terlibat.










