Menginspirasikan Keibubapaan, Memperkasa Generasi Melalui 99 Tip Santuni Anak
Tahniah diucapkan kepada Puan Sherin Sokmum, Terapis Pertuturan Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (JPPP), atas pelancaran buku beliau yang bertajuk 99 Tip Santuni Anak.

Buku tersebut telah dilancarkan sempena Majlis Pelancaran Buku Insan Berkeperluan Khas yang disempurnakan oleh Datuk Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 4 Jun 2026 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Penerbitan buku ini merupakan satu usaha murni dalam meningkatkan kesedaran serta menyediakan panduan praktikal kepada ibu bapa dan masyarakat dalam menyantuni serta menyokong perkembangan kanak-kanak. Semoga penerbitan ini menjadi sumber rujukan yang bermanfaat dan memberi impak positif kepada masyarakat.


