Mengangkat Inovasi, Memperkasa Pasukan dan Memperkasakan Pesakit

25 Sep 2026

Unit Fisioterapi, Disiplin Pembedahan dan Penjagaan Kritikal, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan HCTM, di bawah pimpinan Dr. Katijjahbe Md Ali, terus memperkukuh perkhidmatan fisioterapi berasaskan bukti melalui kerjasama dengan Unit Kardiotorasik Surgeri, Jabatan Surgeri dan Unit Pemulihan Cardiorespiratori, Pusat Jantung dan Paru HCTM.

Bersempena MATCVS (Malaysian Association for Thoracic & Cardiovascular Surgery) 2026 Annual Congress ke-26 di Sheraton PJ pada 18–21 September 2026, pasukan telah membentangkan kajian Early Supervised Incremental Resistance Training (ESpIRiT) selepas pembedahan sternotomi. Pendekatan ini menyokong pelaksanaan latihan rintangan secara lebih awal dan selamat bagi mempercepatkan pemulihan fungsi pesakit.

Inovasi ini turut diterjemahkan melalui Physio Fast-Track Cardiac Rehabilitation, yang mengintegrasikan penilaian fungsi, toleransi kesakitan dan sternal micromotion bagi menyokong progresi rehabilitasi dari Fasa I hingga Fasa II Pemulihan Jantung. Pendekatan ini menekankan Patient-Centred Outcomes, Value-Based Services serta amalan klinikal berasaskan bukti.

 

Pencapaian MATCVS 2026 – Allied Health

πŸ₯‡ YIA – Tempat Pertama: Suriah Ahmad (U9)
Early Resistance Exercise in the Inpatient Setting Optimises Upper Limb Recovery (ESpIRiT)

πŸ₯ˆ YIA – Tempat Kedua: Pn. Nurdiyana Ismail (U10)
Impact of ESpIRiT on Psychological Recovery Following Cardiac Surgery

πŸ₯‰ YIA – Tempat Ketiga: Suriah Ahmad (U9)
Clinical Validation of the Unsupported Upper Limb Exercise Test

πŸ₯‰ Free Paper Presentation – Tempat Ketiga: Dr. Katijjahbe Md Ali, Ph.D (U13)
Safety and Feasibility of ESpIRiT Following Median Sternotomy

 

Pencapaian ini mencerminkan kekuatan inovasi, penyelidikan dan kolaborasi multidisiplin dalam meningkatkan pemulihan pesakit. Penyelidikan translasi klinikal ini diterajui oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Nur Ayub Md Ali, dengan bimbingan Dr. Katijjahbe Md Ali.

Disiplin ini turut memperkukuh pembangunan kompetensi melalui Sijil Profesional Fisioterapi Kardiovaskular dan Respiratori Lanjutan, selaras dengan aspirasi HCTM dalam mengintegrasikan pendidikan, penyelidikan dan amalan klinikal bagi menghasilkan perkhidmatan fisioterapi yang progresif, berasaskan bukti dan berimpak tinggi.

N. Ayub et al, 2026

 

 

 

 

 

 

 

Search

+