Lawatan sambil belajar dari Fakulti Sains Teknologi Bunkyo , Universiti Gakuin , Jepun.
Satu lawatan sambil belajar yang terdiri dari Pensyarah , Terapis serta Pelajar dari Fakulti Sains Teknologi Bunkyo , Universiti Gakuin , Jepun telah berlansung di Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan , PPUKM. Lawatan yang dijalankan bermula dari 3 mac 2015 sehingga 11 mac 2015.
Fakulti yang terlibat dalam lawatan ini adalah Fakulti Fisioterapi serta Fakulti Terapi Carakerja. Lawatan yang dijalankan adalah bertujuan untuk pemantauan serta pendedahan terhadap program pemulihan serta sistem perawatan yang dijalankan di JPPP , PPUKM.
Diharapkan melalui lawatan ini secara tidak lansung warga JPPP juga dapat berkongsi pengalaman serta bertukar mahupun berkongsi informasi berkaitan dan terkini bagi penambahan ilmu yang berterusan melalui 2 budaya yang berbeza.