Unit Pentadbiran & Pejabat Utama
Urusan teras Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan terdiri daripada 5 unit klinikal dan 1 unit bukan klinikal iaitu Unit Pentadbiran & Pejabat Utama yang telah diwujudkan pada tahun 2009. Unit ini mempunyai 6 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai gred dan jawatan. Unit Pentadbiran & Pejabat Utama terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Pentadbiran dan Pengurusan Fail yang mempunyai skop dan fungsi yang berbeza-beza. Unit ini bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran jabatan merangkumi pengurusan sumber manusia, kewangan, prasarana, penganjuran kursus/aktiviti yang dijalankan oleh jabatan/unit serta pengurusan fail pesakit Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan.
Skop Perkhidmatan
Unit ini bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran jabatan dan pengurusan fail pesakit yang dirujuk ke unit-unit di Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, HCTM. Perkhidmatan yang disediakan oleh unit ini adalah seperti berikut:
- Urusan kewangan kakitangan/unit
- Urusan sumber manusia
- Pengurusan fail pesakit JPPP
- Urusan latihan klinikal pelajar/penyelidikan
- Urusan Prasarana
- Urusan Pentadbiran Jabatan
- Urusan lawatan daripada pihak luar