BORANG RUJUKAN :
1. Borang rujukan untuk pesakit mempunyai tempoh sah laku . ( SILA RUJUK UNIT BERKENAAN )
2. Surat rujukan mesti dikemukakan semasa menghadiri temujanji pertama. Perkhidmatan TIDAK AKAN diberikan tanpa surat rujukan berkenaan.
KETEPATAN WAKTU
- Anda diminta hadir tepat pada waktu yang ditetapkan. Bagi pesakit baru, anda dinasihatkan hadir 30 minit lebih awal bagi tujuan penyediaan fail.
- Pesakit yang lewat melebihi 45 minit dari masa temujanji hanya akan menerima rawatan jika ada kekosongan terapis atau temujanji baru akan diberikan.
PAKAIAN
Anda dinasihatkan memakai pakaian yang sesuai semasa sesi rawatan. Terapis anda akan memaklumkan jenis pakaian khusus jika diperlukan.
PENJAGA/PENGIRING
Hanya seorang pengiring sahaja dibenarkan menemani pesakit.
TELEFON BIMBIT
Telefon bimbit perlu dimatikan sebelum masuk ke ruang terapi bagi mengelakkan gangguan pada sesi terapi atau peralatan yang digunakan.