UNIT TERAPI PERTUTURAN
Perkhidmatan Terapi Pertuturan telah bermula di HCTM sejak tahun 1999 di bawah Jabatan Otorinolaringologi, Fakulti Perubatan UKM. Mulai 1 Januari 2004, perkhidmatan ini telah diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan dan dikenali sebagai Unit Terapi Pertuturan (UTP). Unit Terapi Pertuturan kini berada di tingkat basement bersebelahan dengan Gimnasium Neurologi, Unit Fisioterapi. Perkhidmatan di Unit Terapi Pertuturan dikendalikan oleh profesional yang dikenali sebagai terapis pertuturan bahasa.
Terapis pertuturan bahasa adalah profesional yang bertauliah untuk mengenalpasti, mencegah, menilai dan melakukan rehabilitasi atau intervensi bagi individu yang mengalami kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi. Selain itu, mereka terlibat dalam penilaian dan pengendalian kecelaruan suara dan masalah penelanan.
Perkhidmatan di Unit Terapi Pertuturan lazimnya dilakukan menerusi sesi bersemuka atau secara klinik virtual. Sesi diadakan secara individu atau secara berkumpulan. Selain itu, perkhidmatan ini turut diberi bersama kepakaran perubatan yang lain menerusi klinik pelbagai disiplin seperti Parkinson Disorder Clinic, Dementia Clinic dan Voice Clinic Program.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Unit Terapi Pertuturan (UTP) menyediakan perkhidmatan untuk menilai dan membantu individu yang mempunyai:
- Kecelaruan bahasa perolehan / afasia
- Kecelaruan pertuturan (disartria, apraksia)
- Masalah kemahiran auditori
- Kecelaruan resonan (kesengauan)
- Kecelaruan komunikasi-kognitif
- Masalah penelanan
- Masalah suara
- Masalah kelancaran
Selain itu, kami juga mempromosi kesedaran dan tindakan pencegahan terhadap isu-isu di atas dalam kalangan warga HCTM dan masyarakat awam. Kami juga memberi latihan berkaitan rehabilitasi/ intervensi kepada pelajar atau calon yang mengikut penempatan klinikal/ latihan sangkut di unit.
UTP mempunyai sesi perkhidmatan yang terdiri daripada;
- Sesi individu (pesakit dalam dan luar)
- Sesi berkumpulan
- Klinik Virtual (individu dan berkumpulan)
- Sesi untuk penjaga
- Sesi pelbagai disiplin (Flexible Endoscopic Evaluation of Swallowing clinic, Videofluoroscopy Swallowing Study Clinic, Voice Disorder Clinic, Parkinson Disorder Clinic, Dementia Combined Clinic)
Sesi Individu Bersama Pesakit
Sesi Individu Bersama Pesakit dan Penjaga
Sesi Berkumpulan
Klinik Virtual
Klinik Flexible Endoscopic Evaluation of Swallowing (FEES)
Klinik Videofluoroscopy Swallowing Study (VFSS)





