PENGENALAN
Perkhidmatan Terapi Carakerja yang diberikan kepada pesakit menumpukan kepada aspek penilaian dan latihan kefungsian pesakit dalam mengurus diri, mengurus rumah, mengurus kerja dan lain-lain aspek yang berkaitan fungsi kehidupan seseorang. Terapi Carakerja menggunakan adaptasi pelbagai aktiviti yang mempunyai nilai teraputik untuk dijadikan sebagai modaliti atau media rawatan dalam melatih semula atau meningkatkan kefungsian pesakit. Terapis Carakerja memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang terdiri dari pelbagai peringkat umur yang mengalami masalah kesihatan fizikal, mental dan sosial menggunakan aktiviti-aktiviti terpilih dan spesifik secara berperingkat-peringkat untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kefungsian, menggelakkan kecacatan, mengekalkan dan meningkatkan kebolehan dan membantu mereka mencapai tahap maksimum di dalam kefungsian dan berdikari. Tujuan utama Terapi Carakerja adalah untuk mengembalikan kefungsian pesakit dan menggalakan pesakit menjalankan aktiviti sehariannya seperti bekerja, bersosial, berekreaksi, memandu kenderaan dan lain-lain dengan lebih yakin dan berdikari.
SKOP PERKHIDMATAN
Di antara peranan dan tanggungjawab Unit Terapi Carakerja ialah memberikan dan menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan pemulihan carakerja kepada pesakit-pesakit yang dirujuk samada pesakit luar dan pesakit di wad mengikut kategori seperti berikut:
Perkhidmatan Terapi Carakerja bagi Pesakit Dewasa dengan Masalah Fizikal
Perkhidmatan Terapi Carakerja bagi Pesakit Psikiatri Dewasa

