Bengkel CIMT Perkasa Ilmu, Perkukuh Kemahiran Klinikal Rehabilitasi Strok
Bengkel Pemantapan Klinikal: Aplikasi Constraint-Induced Movement Therapy (CIMT) dalam Rehabilitasi Pesakit Strok anjuran Unit Terapi Carakerja, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (JPPP), telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Jun 2026 (Selasa) di Unit Terapi Carakerja, JPPP.
Bengkel ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran klinikal peserta berkaitan aplikasi Constraint-Induced Movement Therapy (CIMT) sebagai salah satu pendekatan rehabilitasi berasaskan bukti bagi meningkatkan fungsi anggota atas dalam kalangan pesakit strok.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, Puan Nor Nadira Ideris Shah, atas perkongsian ilmu, pengalaman serta input yang amat bernilai sepanjang sesi berlangsung.
Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif yang telah diberikan. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam amalan klinikal bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan rehabilitasi serta meningkatkan kualiti penjagaan kepada pesakit.
✨ Belajar, berkongsi dan memperkasa amalan demi pemulihan yang lebih bermakna.





