Unit Terapi Pertuturan Perkukuh Jaringan Global Bersama Universiti Hong Kong

8 Jul 2026

Pada 25 Jun 2026, Unit Terapi Pertuturan, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (JPPP) telah menerima kunjungan delegasi daripada Universiti Hong Kong bagi mengadakan lawatan lawatan klinikal dan akademik.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama profesional, di samping menjadi platform perkongsian amalan terbaik dalam bidang terapi pertuturan. Program merangkumi sesi pengenalan perkhidmatan Unit Terapi Pertuturan JPPP, lawatan ke fasiliti klinikal serta perbincangan ilmiah berkaitan pengurusan klinikal, pendidikan dan penyelidikan.

Melalui lawatan ini, kedua-dua institusi berpeluang bertukar pengalaman mengenai latihan klinikal, pengurusan pesakit serta perkembangan amalan berasaskan bukti dalam terapi pertuturan. Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan bagi menyokong pembangunan profesional, kecemerlangan akademik dan peningkatan kualiti perkhidmatan rehabilitasi.

Unit Terapi Pertuturan, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (JPPP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi Universiti Hong Kong atas kesudian mengadakan lawatan ini. Semoga hubungan yang terjalin menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi klinikal dan akademik pada masa hadapan.

 

 

Search

+