Majlis Sambutan Jubli Mutiara – 30 Tahun Program Implan Koklea UKM

24 Nov 2025

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) akan menganjurkan Majlis Sambutan Jubli Mutiara sempena 30 Tahun Program Implan Koklea UKM. Program ini merupakan simbol kejayaan dalam bidang perubatan pendengaran negara, khususnya melalui penyelidikan, rawatan serta pemulihan pesakit yang memerlukan implan koklea.

Lokasi: Auditorium HCTM, Cheras, Kuala Lumpur
Tarikh: 13 Disember 2025 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi

Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama:

Unit Audiologi dan Unit Terapi Pertuturan, JPPP HCTM
Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani UKM
Fakulti Perubatan UKM
Fakulti Sains Kesihatan UKM

Search

+