Lawatan Akademik : Pusat Pengajian Sains Diagnostik Dan Kesihatan Gunaan (FSK UKM)

Pada 18hb Mei 2016, pihak JPMD telah menerima kunjungan rasmi daripada pelajar Program Sains Forensik iaitu seramai 22 orang yang diketuai oleh Dr. Seri Pawita Albakri Amir Hamzah serta dibantu oleh 2 kakitangan daripada Fakulti Sains Kesihatan (UKM).
Tujuan lawatan adalah untuk memberikan para pelajar pendedahan awal tentang prinsip patologi asas, analisa diagnosis dan penyakit. Lawatan melibahkan unit-unit seperti Unit Patologi Kimia, Unit Hematologi, Unit Sitogenetik, Unit Sitopatologi dan Unit Histopatologi.

Sesi lawatan bermula pada jam 9 pagi dan telah dimulai oleh taklimat ringkas telah diberikan oleh Encik Ahmad Zamri Noordin (Eksekutif) daripada Unit Pengurusan Pentadbiran, JPMD. Bagi memastikan para pelajar dapat penerangan yang jelas, kumpulan pelajar tersebut telah dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Sesi lawatan ini berakhir pada jam 1 tengah hari, dan pihak Jawatankuasa Latihan JPMD ingin memohon ribuan terima kasih kepada para pegawai yang terlibat kerana telah memberikan penerangan yang jelas serta berkongsi pengalaman mereka kepada para pelajar tersebut.
Diharapkan para pelajar tersebut dapat menafaatkan segala informasi yang diberikan.
Laporan dan Gambar : Roszita Binti Ibrahim
































