Tahniah – Prof. Dr. Noor Azimah binti Muhammad

29 Jan 2026

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Noor Azimah binti Muhammad atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) yang berkuat kuasa mulai 9 Disember 2025. Beliau merupakan warga Jabatan Perubatan Keluarga dengan kepakaran dalam Kesihatan Remaja, dan telah mencapai kecemerlangan melalui jalur pengajaran dan pembelajaran. Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan berterusan beliau dalam bidang akademik dan perkhidmatan kesihatan. Seluruh warga jabatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah serta mendoakan agar kejayaan ini terus menyumbang kepada kecemerlangan institusi.

Search

+