Tahniah Memenangi Pembentangan di 18th Postgraduate Forum on Health Systems and Policies
Pada 6-7 Ogos 2024 yang lalu, telah berlangsung 18th Postgraduate Forum on Health Systems and
Policies yang bertempat di Fakulti Perubatan UKM, Cheras, KL.
Dr. Teh Rohaila bt Jamil, pensyarah dari Jabatan Perubatan Keluarga, bersama Dr Shahirah Ab Rahim,
pelajar siswazah seliaan beliau, telah memenangi kategori Pembentang Lisan Terbaik dalam kategorinya. Tajuk pembentangan beliau adalah “Difficulty Level of prescibing sick leave and frequency of problem in the prescribing among public primary care doctors in Perak”.
Selain itu, dua orang pelajar siswazah dibawah seliaan Prof Madya Dr Aznida Firzah Abdul Aziz juga dianugerahkan sebagai Best Oral Presenters dikategori masing-masing. Mereka adalah Dr. Sarinah Tamring; bertajuk Community Geriatric Telemedicine (CORTICAL) in Malaysia; Identifying Patient Criteria for Family Medicine Specialists – Geriatric Shared Care Initiatives dan Dr. Magaletchumi a/p Chelladorai dengan tajuknya Effectiveness of The PAUSE Flipchart compared to conventional method of premarital HIV counselling: A Randomised Controlled Study.
Forum yang berlangsung selama dua hari ini dihadiri oleh pakar-pakar dan pascasiswazah- pascasiswazah dari Kesihatan Awam dan Perubatan Keluarga. Usaha sama dari kedua-dua jabatan ini
juga dihadiri oleh hadirin dari Malaysia, Thailand dan Indonesia.
