Tahniah kepada Pemenang-pemenang Pembentangan Poster sempena 19th Family Medicine Specialists Annual Scientific Conference 2016
Persidangan Tahunan Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia yang ke 19 (atau 19th Family Medicine Specialists Annual Scientific Conference 2016) telah berlangsung di Hotel Grand Dorsett, Subang dari 10hb-13hb Ogos 2016. Konferens ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, dibantu oleh Pakar-pakar Perubatan Keluarga dari Universiti Awam. Wakil-wakil dari Jabatan Perubatan Keluarga, iaitu Dr Hizlinda Tohit dan Dr Teh Rohaila Jamil telah menyumbang sebagai ahli jawatankuasa saintifik bagi persidangan tersebut. .
Pada tahun ini, sejumlah 25 abstrak prosiding telah dihasilkan oleh warga JPK PPUKM dalam pembentangan poster, manakala tiga pensyarah dari telah dijemput sebagai pembentang dalam simposium.Tahniah diucapkan kepada kumpulan pensyarah perubatan keluarga PPUKM yang memenangi tempat ketiga dalam pembentangan poster sempena 19th Family Medicine Specialists Annual Scientific Conference 2016. Kumpulan ini terdiri daripada empat pensyarah perubatan keluarga PPUKM. Pemenang-pemenang tersebut ialah Dr. Hizlinda Tohid, Dr. Nurzaiti Yuslinda Yusof, Dr. Teh Rohaila Jamil dan Dr. Mohd Radzniwan Abdul Rashid.