Sesi Perkongsian Pengalaman bersama Ahli Kelab Sokongan Pesakit Strok (KEKASIH)

13 Nov 2024

Pada 8 November 2024, bersamaan dengan hari Jumaat, Klinik Primer HCTM telah menganjurkan Sesi Perkongsian Pengalaman bersama Ahli Kelab Sokongan Pesakit Strok (KEKASIH). Majlis ini juga turut menerima kunjungan daripada Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia (UNHAS) sebagai sebahagian daripada program kerjasama antara UKM dan UNHAS pada tahun 2024.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh En. Haji Ramli, salah seorang ahli KEKASIH. Kemudian, acara diteruskan dengan kata-kata aluan daripada wakil UNHAS, Prof. Madya Dr. Andi Masyitha Irwan, yang juga merupakan Ketua Bahagian Antarabangsa UNHAS dan pensyarah dalam bidang kejururawatan. Acara terus diwarnai dengan ucapan daripada Puan Zainab dan En. Palahudin, wakil daripada KEKASIH. Selain itu, turut disajikan tayangan video mengenai perjalanan pesakit strok semasa sesi klinik. Seterusnya, presentation oleh SN Asriah mengenai tanggungjawab jururawat, serta tayangan video yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh KEKASIH.

Sesi perkongsian pengalaman dilaksanakan dalam tiga kumpulan, yang masing-masing diketuai oleh En. Yudi Hardianto, pelajar PhD dari UNHAS. Setiap kumpulan berkongsi hasil perbincangan mereka dalam sesi perbentangan, diikuti dengan ringkasan rumusan yang disampaikan oleh Prof. Dr. Noorazah Abd Aziz. Majlis berakhir dengan sesi bergambar kumpulan bagi mengenang kenangan indah acara ini.

Search

+