Saringan Kesihatan Mission SlimPossible MOHE 2.0

14 Feb 2024

Majlis Perasmian Pertandingan Mission SlimPossible MOHE 2.0 telah diadakan pada 7 Februari 2024 bertempat di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program pemeriksaan kesihatan ini diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 7 Februari 2024 dan seterusnya pada 6 Mei 2024 merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Program saringan kesihatan ini diketuai oleh Jabatan Perubatan Keluarga dan dibantu oleh Jabatan Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan serta Jabatan Farmasi bertujuan mempromosi kepentingan penjagaan kesihatan kendiri serta penurunan berat badan dan membuat saringan kesihatan kepada 250 kakitangan di bawah KPT. Program ini menawarkan saringan pemeriksaan kesihatan percuma seperti pengukuran indeks jisim badan (BMI), ujian tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah dan konsultasi kesihatan. Selain itu, turut diadakan ulasan pemeriksaan tersebut.

Pejabat Pengarah turut hadir selaku urusetia. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar, Prof. Madya Dr. Saharuddin Ahmad, Ketua Jabatan Perubatan Keluarga dan warga HCTM.

 

Search

+