Saringan Kesihatan di Majlis Pelancaran Pertandingan Mission Slim-Possible MOHE 2022
Aktiviti pemeriksaan kesihatan telah dijalankan dalam Majlis Pelancaran Pertandingan Mission Slim-Possible MOHE 2022 di Dewan Zaaba, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada pagi tadi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah saringan BMI, ukur lilit pinggang, tekanan darah tinggi, pemeriksaan paras gula, pemeriksaan paras kolestrol, dan kaunseling kesihatan oleh Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan, dan kakitangan daripada Klinik Primer PPUKM Cheras. Program ini merupakan anjuran daripada Kelab Sukan & Kebajikan KPT dengan usaha sama Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.






