SANGGAR KERJA DAN “TEAM BUILDING”
Tarikh: 28 September 2019
Masa: 8.00pagi – 6.00petang
Tempat: Santai Riverside, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang
Anjuran:
- Kelab Familia Klinik PerubatanPrimer PPUKM Cheras
- Jabatan Perubatan Keluarga
Objektif program:
- Memantapkan jati diri dan semangat kerja berpasukan kakitangan Jabatan Perubatan Keluarga PPUKM dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan klinik.
- Meningkatkan semangat dan jati diri serta mengurangkan tekanan kerja melalui aktiviti pupuk semangat berkumpulan yang diadakan.
- Merapatkan hubungan silaturahim di antara kakitangan klinik
- Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama di dalam kumpulan
- Membina individu yang berkeyakinan dan berketerampilan
- Mewujudkan daya saing yang membina dan sihat
Seramai 45 orang kakitangan yang menghadirikan diri.
Tentatif program:
Program diterima baik oleh kakitangan. Perjalanan ke Janda Baik bermula seawal jam 7 pagi dengan mengunnakan sebuah bas PPUKM yang bertolak dari HCTM. Aktiviti di atur oleh Syarikat Hiking.MY supaya semua ahli jawatan kuasa dapat mengambil bahagian dalam aktiviti.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti dilampir di bawah. Kakitangan bergerak pulang pada jam 6 petang.
Jadual Program:
| Masa | Aktiviti |
| 6.30am | Berkumpul di Klinik Primer PPUKM Cheras |
| 7.00am | Bertolak ke lokasi |
| 8.30am – 9.00am | Pendaftaran peserta |
| 9.00am – 9.15am | Taklimat oleh hiking.MY dan pembukaan oleh HOD jabatan dan penyelaras klinik |
| 9.15am – 9.45am | Aktiviti 1 – Body combat exercise |
| 9.45am – 10.00am | Minum Pagi |
| 10.00am – 12.00pm | Aktiviti 2 – medic treasure hunt |
| 12.45pm – 2.00pm | Makan Tengahari / Solat Zohor |
| 2.00pm – 3.00pm | Aktiviti 3 – Pass D message (Sampaikan Salam ) |
| 3.15pm – 5.15pm | Aktiviti 4 – Sukan Rakyat |
| 5.30pm – 5.45pm | Keputusan & Sesi Penyampaian Hadiah
Snack, total result & prize giveaway Penutupan oleh HOD |
| 5.45 pm – 6.00pm | Sesi Bergambar |
| 6.00pm | Program Tamat / Bersurai |
Kesimpulan:
Secara keseluruhannya, Hari ‘Team Building’ ini dapat mencapai objektif yang dirancang. Kakitangan bekerja bersama dalam pasukkan masing masing untuk selesaikan aktiviti yang dirancang. Program ini telah berjaya menaikkan semangat kakitangan, mengurangkan stress dan mengeratkan hubungan kakitangan di luar tempat bekerja. Adalah diharapkan agar program seperti ini boleh dijalankan setiap tahun.


















