Sambutan Hari Strok Sedunia Peringkat HCTM 27 Oktober 2016

2 Nov 2016

Sambutan Hari Strok Sedunia peringkat Hospital Canselor Tunku Muhriz telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Dr Hj Azman bin Hj Abu Bakar, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Warga Klinik Primer PPUKM Cheras serta Kelab KEKASIH  turut sama menjayakan sambutan yang julung kali dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Dalaman pada tahun ini. Tema sambutan hari Strok tahun ini adalah “Strok Boleh Dirawat”.

Kelab KEKASIH telah diberi kesempatan mengambil bahagian dan memperkenalkan pada pengunjung tentang aktiviti-aktiviti anjuran kelab, serta mendaftar ahli-ahli baru yang berminat menyertai kelab.

Presiden Kelab KEKASIH, Encik Palahuddin telah berpeluang memberikan pengenalan tentang kelab kepada tetamu kehormat, YBhg Dato’ Dr Hj Azman yang berkunjung ke tapak sambutan di ruang legar utama HCTM. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kesemua ahli kelab KEKASIH yang telah berjaya menyediakan bahan pameran, cenderahati serta turut mempromosikan kelab.

 

Search

+