Reruai Statik Osteoporosis di Klinik Primer HCTM Sempena Sambutan Minggu Kesihatan Tulang dan Sendi HCTM dan Fakulti Perubatan, UKM
Sambutan Minggu Kesihatan Tulang dan Sendi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) anjuran Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, HCTM telah diadakan pada 14 hingga 22 Oktober 2023.
Program ini disambut bersempena Hari Osteoporosis Sedunia dan disambut pada setiap 20 Oktober. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Reruai Statik mengenai penyakit Osteoporosis di Klinik Primer HCTM. Reruai ini dijalankan pada 16 hingga 20 Oktober 2023. Tujuan reruai ini dijalankan adalah bagi meningkatkan kesedaran pesakit mengenai Osteoporosis. Pelbagai pameran seperti poster-poster, contoh ubatan Osteoporosis dan juga saringan kebarangkalian kepatahan tulang menggunakan FRAX yang dilakukan oleh pegawai perubatan telah diadakan.


















