BENGKEL “QUESTIONNAIRE DEVELOPMENT AND VALIDATION” @ HOTEL BANGI PUTRAJAYA 18-19 SEPTEMBER 2017
Unit Penyelidikan, Jabatan Perubatan Keluarga telah berjaya mengadakan kursus yang bertajuk “Questionnaire development and validation” yang telah disertai oleh pensyarah serta pelajar sarjana dari pelbagai institusi pengajian.
Kursus ini memberi pendedahan bukan sahaja dari segi teori malah sesi praktikal turut diadakan bagi meningkat pengetahuan peserta.
Fasilitator yang terlibat adalah terdiri daripada pensyarah jabatan sendiri yang berpengalaman dalam menyampaikan tajuk masing-masing.
Tahniah dan syabas kepada Unit Penyelidikan, Jabatan Perubatan Keluarga diatas penganjuran kursus ini.















