PROJEK RINTIS ‘SOCIAL-PRESCRIBING’: FORUM KESEDARAN STROK DAN PROGRAM SARINGAN KESIHATAN

29 Sep 2023

Forum Kesedaran Strok dan saringan kesihatan telah diadakan pada 16 September 2023 bertempat di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14 Hulu Langat, Selangor.  Program ini menyasarkan orang dewasa serta warga emas  kariah Masjid Batu 14 Hulu Langat yang tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan dan berisiko mendapat penyakit kardiovaskular. Seramai 64 orang yang berdaftar ketika program ini dijalankan.

Social-prescribing atau  preskripsi sosial ialah pendekatan penjagaan kesihatan yang melibatkan preskripsi kerjasama antara  ahli masyarakat bagi meningkatkan keupayaan individu dalam memenuhi keperluan kesihatan sosial, emosi atau mental.  Faktor-faktor seperti pengasingan sosial, kesunyian, kekurangan aktiviti fizikal dan penglibatan masyarakat boleh memberi kesan yang ketara kepada kesihatan dan kualiti hidup seseorang.

Semenjak awal 2023, Klinik Primer HCTM melalui Klinik Lanjutan Strok (KLS) dengan kerjasama Kelab Komuniti Rakan Strok Klinik Primer (KEKASIH) telah mengenalpasti dan melatih  beberapa pesakit strok  sebagai jurucakap bagi menyampaikan maklumat serta berkongsi pengalaman mereka kepada masyrakat setempat mengenai penyakit strok. Melalui proses perkongsian ini, ia diharapkan dapat menimbulkan kesedaran penyakit strok serta menggalakkan orang ramai untuk terlibat di dalam aktiviti saringan penyakit kardiovaskular.

 

 

 

Search

+