PROGRAM SEPANJANG RAMADAN 2025
Sepanjang bulan Ramadan ini, Jabatan Perubatan Keluarga terutamanya Klinik Primer telah menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan mengimarahkan bulan Ramadan. Antara aktiviti yang dijlankan ialah:-
BACAAN YASIN SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN
Tahun ini, program sepanjang Ramadan dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil ringkas. Majlis ini diadakan pada 28 Februari 2025 (Jumaat) di Bilik Tutorial, Klinik Primer, HCTM. Majlis dipengerusikan oleh Ketua Kelab Familia, Dr. Muhammad Naqib, manakala bacaan Yasin serta tahlil ringkas diketuai oleh Dr. Mohammad Shaouqi. Majlis turut diserikan dengan ceramah oleh Prof. Madya Saharuddin Ahmad selaku Ketua Jabatan Perubatan Keluarga.
MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT TERAWIH KELUARGA KAKITANGAN KLINIK PRIMER
Pada 7 Mac 2025 (Jumaat), majlis berbuka puasa dan solat terawih telah diadakan di Klinik Primer, HCTM. Majlis ini dimulakan dengan ceramah ringkas oleh Ustaz Hasrizal Hasan pada jam 6.45 petang. Selepas berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan jamuan makan malam, dan diakhiri dengan solat terawih sebanyak lapan rakaat. Seramai 90 orang kakitangan dan ahli keluarga hadir memeriahkan majlis ini.
MEMASAK & MENGEDARKAN BUBUR LAMBUK
Pada 14 Mac 2025 (Jumaat), acara tahunan memasak bubur lambuk oleh kakitangan Jabatan Perubatan Keluarga telah berlangsung. Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk berjaya disediakan dan diedarkan kepada jiran tetangga Klinik Primer HCTM serta beberapa unit di HCTM.
MEMASAK & MENGEDARKAN JUADAH BERBUKA PUASA
Pada 22 Mac 2025 (Sabtu), kakitangan Jabatan Perubatan Keluarga telah bergotong-royong memasak nasi beriani kambing dan ayam masak merah. Sebanyak 250 pek makanan telah diagihkan kepada Bahagian Keselamatan & Jabatan Kecemasan HCTM, Rumah Jalinan Kasih (anak-anak yatim dan asnaf) di Bandar Tun Hussein Onn dan Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang

