Program Sepanjang Ramadan

2 Apr 2024

PROGRAM MEMASAK & MENGAGIHKAN PEK MAKANAN BERSAHUR

Julung kalinya program menyediakan juadah untuk bersahur di adakan pada 16 Mac 2024 (Sabtu). Kakitangan JPK bergotong royong seawal jam 2 pagi untuk memasak nasi beriani, kari kambing, ayam goreng berempah dan dalca sayur. Sebanyak 180 pek makanan diagihkan ke Bhg. Keselamatan KKL UKM, pondok PDRM HCTM, Balai Polis Salak Selatan, Balai Bomba Bandar Tun Razak dan asnaf Residensi Razakmas.

PROGRAM MEMASAK & MENGAGIHKAN PEK MAKANAN BERBUKA

Seramai 25 orang kakitangan JPK berjaya memasak dan menyediakan juadah untuk berbuka sebanyak 350 pek makanan pada 23 Mac 2024 (Sabtu). Pek-pek makanan ini telah di edarkan di Jabatan Perubatan Kecemasan, Pelajar Perubatan di Kolej Tun Dr. Ismail 1 dan Kolej Tun Dr. Ismail 2 serta golongan asnaf di Residensi Razakmas.

MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT TERAWIH KELUARGA KAKITANGAN KLINIK PRIMER

Pada 29 Mac (Jumaat) majlis ini dimulakan dengan gotong royong memasak bubur lambuk untuk edaran kepada beberapa Jabatan di HCTM dan jiran-jiran premis. Sebanyak 600 pek bubur lambuk kambing dan daging berjaya disediakan.

Seterusnya, majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh 100 orang kakitangan dan ahli keluarga JPK di teruskan di Klinik Primer HCTM. Majlis di akhiri dengan solat tarawih yang di imamkan oleh tahfiz di Hulu Langat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Search

+