Program Memasak dan Menyediakan Juadah Iftar Ramadan

14 Apr 2023

8 April 2023( Sabtu) – Warga Jabatan Perubatan Keluarga yang terdiri daripada pensyarah, pakar-pakar, pegawai perubatan, jururawat, pembantu perawatan kejururawatan, penolong pegawai perubatan telah  bekerjasama memasak untuk disumbangkan kepada beberapa tahfiz bagi tujuan juadah berbuka puasa. Mengambil keberkatan bulan Ramadan ini, seramai 30 warga jabatan hadir dan saling bantu membantu menyediakan juadah, membungkus dan mengagihkannya.  Sebanyak 240 pek makanan dapat disediakan dan diedarkan ke Tahfiz Az-Zahrah, Tahfiz Fathul Ulum, dan Pusat Jagaan Fikrah. Menu jaudah yang disediakan ialah Nasi beriani, ayam masak merah, ayam kurma, buah-buahan dan kurma.

 

 

 

Search

+