Program Lawatan Penambahbaikan Perkhidmatan Unit Diabetes Pusat Perubatan Primer Bandar Tasik Selatan
TEMPAT: Klinik Kesihatan Ampangan, Seremban,Negeri Sembilan
TARIKH / MASA: 21 Mac 2016 (Isnin) / 3.00 petang hingga 5.00 petang
ANJURAN: Unit Diabetes Pusat Perubatan Primer, Bandar Tasik Selatan
DENGAN KERJASAMA: JabatanPerubatan Keluarga, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG PROGRAM
Program lawatan penambahbaikan mutu perkhidmatan ini adalah merupakan satu program penerokaan idea dan percambahan pengetahuan yang merangkumi satu misi kearah mencakna serta melestarikan mutu perkhidmatan yang sentiasa berorientasikan penambahbaikan yang berteraskan perkongsian pintar maklumat. Penglibatan ini adalah dalam bentuk pemindahan maklumat dan perkongsian kepakaran sistem penyampaian yang berfokuskan kepada kepuasan pesakit amnya dan pesakit diabetes khususnya. Program ini juga diharap dapat merencana satu perkongsian idea kepakaran dan pengetahuan yang melahirkan satu kualiti perkhimatan penjagaan diabetes yang mampan serta berdaya saing. Dengan terzahirnya melalui program ini adalah selaras dengan objektif jabatan iaitu memberi perkhidmatan rawatan yang berkualiti berpandukan nilai-nilai kemanusiaan yang menitikberatkan aspek-aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif. Melalui program ini, adalah diharap dapat diaplikasi pengetahuan dan skil yang diperolehi seterusnya disampaikan kepada masyarakat sekeliling pada akhirnya.
OBJEKTIF
- Meneroka dan merencana idea baru kearah penambahbaikan perkhidmatan penjagaan pesakit diabetes
- Memupuk semangat kepada kakitangan terlibat melalui perkongsian pintar maklumat dan kepakaran
- Melahirkan budaya kerja yang sentiasa berorientasikan penambahbaikan melalui penerokaan dan penjanaan idea.



