PERTANDINGAN BOLING TERTUTUP JABATAN PERUBATAN KELUARGA PPUKM 2017
Satu pertandingan Boling Tertutup Jabatan Perubatan Keluarga telah diadakan pada hari Rabu 10 Mei 2017 di Megalanes Endah Parade, Sri Petaling bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Ia dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi Klinik Primer PPUKM Cheras. Seramai 40 orang peserta terdiri daripada kakitangan klinik dan jabatan serta ahli keluarga mereka mengambil bahagian.
Objektif Pertandingan adalah seperti berikut:
- Mengeratkan hubungan silaturahim antara para peserta (ahli Kelab Kebajikan dan Rekreasi, Jabatan Perubatan Keluarga)
- Mengenali lebih rapat kaum keluarga para peserta
- Memupuk minat daya saing antara para peserta
- Menanam minat kesukanan serta merehatkan minda secara beriadah dikalangan para perserta
Para pemenang menerima hadiah berupa hamper dan pingat yang telah disampaikan oleh Dr. Ezura Madiana binti Monoto, Penyelaras Klinikal Klinik Primer PPUKM
Berikut adalah senarai pemenang:
Tempat Pertama : Kumpulan J (MA Md Shahriza Md Sari, Cik Nor Fazila Khairuddin, PPK Nor Farhan Hanis Dahalin, Thaqif)
Tempat Kedua : Group B (Md Saleh, JT Asriah Ishak, Dr Noorzehan Fatimah Mohd Ali, Dr Asrul Wahab)
Tempat Ketiga : Group I (Nasri, Puan Nor Shuhada Muslim, Ashraaf, Faris)
Johan Perseorangan Wanita : Cik Fara’ain
Johan Perseorangan Lelaki : PPK Nor Farhan Hanis Dahalin


