Perhimpunan Kakitangan Klinik Primer HCTM Bil. 4/2023

26 Dec 2023

Perhimpunan Kakitangan Klinik Primer HCTM yang ke 4/2023 telah diadakan pada 8 Disember 2023, jam 7.50 pagi – 9.00 pagi. Perhimpunan ini adalah yang terakhir diadakah bagi tahun 2023. Semua kakitangan dianggarkan seramai 80 orang meliputi Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan UKM dan kakitangan Klinik Primer HCTM telah hadir bagi memeriahkan majlis perhimpunan ini dan bersama-sama mendengar amanat dari Ketua Jabatan Perubatan Keluarga serta berkongsi info dan maklumat terkini berkaitan isu semasa. Perhimpunan kali ini dimeriahkah lagi sambutan hari jadi kakitangan (yang mendaftar sebagai ahli Familia) bagi bulan September – Disember 2023.

 

 

Search

+