Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga HCTM Sebagai Tetamu Jemputan Di Program MHI TV3
Para Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga dari Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan & Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM telah dijemput ke program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 sebagai tetamu bagi menyampaikan input kesihatan kepada masyarakat. Jemputan ini mencerminkan kepercayaan pihak media terhadap kepakaran HCTM dalam memberi pendidikan kesihatan yang tepat dan berkualiti kepada umum. Berikut adalah penglibatan sepanjang tahun 2025:-
2 Disember 2025 : Prof. Madya Dr. Saharuddin bin Ahmad Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan & HCTM

Tajuk: Penyakit Tenaga Batin Lelaki
Penceramah telah membincangkan isu berkaitan kesihatan seksual lelaki, termasuk faktor risiko, tanda awal masalah kesihatan berkaitan tenaga batin, serta kepentingan mendapatkan rawatan yang betul. Input yang dikongsikan membantu meningkatkan kesedaran awam terhadap aspek kesihatan lelaki yang sering dianggap sensitif.
Pautan: https://www.facebook.com/share/p/1Fnv61Mg28/
22 Oktober 2025 : Prof. Madya Dr. Noor Azimah Muhammad
Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga, Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan & HCTM

Tajuk: Remaja Terdedah Dengan Pornografi
Penceramah mengupas isu pendedahan awal remaja terhadap bahan pornografi, kesannya terhadap perkembangan emosi dan tingkah laku, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh ibu bapa dan masyarakat. Perbincangan ini memberi kesedaran mengenai keperluan sokongan keluarga dan pendidikan awal.
22 Julai 2025 : Prof. Madya Dr. Mohd Fairuz Ali
Pakar Perubatan Keluarga dan Pensyarah Kanan, Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan & HCTM

Tajuk: Alzheimer: Bukan Sekadar Hilang Ingatan
Sesi ini memberi penerangan jelas mengenai penyakit Alzheimer, termasuk gejala awal, faktor risiko, kepentingan pengesanan awal, serta sokongan kepada penjaga. Maklumat yang dikongsikan membantu masyarakat memahami bahawa Alzheimer merupakan penyakit kompleks yang memerlukan perhatian holistik.
Penglibatan para pakar dari HCTM dalam program MHI TV3 telah berjaya meningkatkan literasi kesihatan dalam kalangan masyarakat. Kerjasama ini juga mengukuhkan peranan HCTM sebagai pusat rujukan klinikal dan akademik yang aktif dalam kesihatan awam.
