Pembentangan Pencapaian Audit Klinik-Klinik Khas bagi Tahun 2024

21 Feb 2025

Tarikh: 12-13 Februari 2025
Tempat: Bilik Mesyuarat, Klinik Primer, HCTM

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pembentangan pencapaian audit klinikal bagi klinik-klinik khas diadakan setiap tahun.

Majlis yang diketuai oleh Dr. Rahmah Kamaludin selaku Penyelaras Klinik Primer, dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Jabatan Perubatan Keluarga iaitu Prof Madya Dr. Saharuddin Ahmad serta Timbalan Ketua Jabatan, Dr. Zuhra Hamzah.

Pembentangan ini melibatkan pencapaian dan penambahbaikan yang telah dilakukan sepanjang tahun 2024. Ia merangkumi audit klinikal dari unit pendaftaran, makmal, bilik prosedur, unit fisioterapi dan semua klinik-klinik khas.
Buat pertama kalinya, audit klinikal untuk Klink Pelawat Pakar Kardiologi dibentangkan.

Pembentangan pencapaian ini bertujuan untuk  menilai, menyemak semula prestasi atau KPI yang telah ditetapkan oleh setiap unit atau klinik khas pada tahun 2024. Ia juga bertujuan untuk membuka ruang diskusi bagi penambahbaikan serta perancangan masa hadapan unit-unit dan klinik-klinik khas tersebut.

Majlis yang berlangsung selama dua hari ini, ditutup dengan rumusan daripada Penyelaras Klinik Primer.

Search

+