Pameran dan Saringan Kesihatan sempena Minggu Kesihatan dan Derma Darah HSS Engineering Sdn.Bhd

31 May 2016

Pameran dan Saringan Kesihatan sempena Minggu Kesihatan dan Derma Darah HSS Engineering Sdn.Bhd

 

Tempat: Lounge Area, HSS Engineering Sdn. Bhd, Plaza Dwi Tasik, Bandar Tasik Permaisuri,Cheras

TARIKH / MASA: 17 Mac 2016 (Selasa) / 9.00 pagi hingga 5.00 petang

 

ANJURAN

Kelab Sukan Dan Rekreasi HSS Engineering Intergrated Bersama

Unit Promosi Pendidikan Kesihatan Dan Penjanaan, Pusat Perubatan Primer, Bandar Tasik Selatan

 

DENGAN KERJASAMA

JabatanPerubatan Keluarga, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)

 

PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

 

Program saringan dan promosi kesihatan ini adalah merupakan satu program kerjasama strategik diantara pihak penyedia perkhimatan kesihatan iaitu HCTM dan syarikat swasta melalui perkongsian pintar yang merangkumi satu misi kearah mencakna serta melestarikan mutu perkhidmatan yang sentiasa berorientasikan dan berteraskan perkongsian pintar maklumat. Penglibatan  ini adalah dalam bentuk pemindahan maklumat dan perkongsian kepakaran sistem penyampaian  penjagaan kesihatanyang berfokuskan kepada kepuasan pelanggan amnya dan masyarakat penerima perkhidmatan khususnya. Program ini juga diharap dapat merencana satu perkongsian idea kepakaran dan pengetahuan yang melahirkan satu kualiti perkhimatan penjagaan kesihatan yang mampan serta berdaya saing. Dengan terzahirnya melalui program ini adalah selaras dengan objektif jabatan iaitu memberi perkhidmatan rawatan yang berkualiti berpandukan nilai-nilai kemanusiaan yang menitikberatkan aspek-aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif. Melalui program ini, adalah diharap  dapat diaplikasi pengetahuan dan skil yang diperolehi seterusnya disampaikan kepada masyarakat sekeliling  pada akhirnya.

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan kolabrasi penjagaan kesihatan diatara penyedia perkhidmatan kesihatan iaitu HCTM bersama NGO,syarikat swasta dan mewujudkan rangkaian penjagaan kesihatan  dengan masyarakat sekitar.
  2. Mewujudkan rangkaian perkongsian dan pemindahan kepakaran melalui penjagaan kesihatan.
  3. Memperkasa penjanaan pendapatan selari dengan KRA 5 melalui perkongsian pintar.

 

PIC HSS1 PICHSS3 PICHSS4 PICHSS5

Search

+