Pakar Perubatan Keluarga HCTM Sebagai Tetamu Jemputan Di Program MHI TV3

19 Mar 2026

Pakar Perubatan Keluarga dari Jabatan Perubatan Keluarga, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM sekali lagi telah dijemput ke program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 pada 24 Februari 2026 sebagai tetamu bagi menyampaikan input kesihatan kepada masyarakat. Jemputan ini mencerminkan kepercayaan pihak media yang berterusan terhadap kepakaran HCTM dalam memberi pendidikan kesihatan yang tepat dan berkualiti kepada umum.

Tajuk: Bahana Ubat Tahan Sakit
Penceramah : Dr Rahmah Binti Kamaludin

Penceramah telah membincangkan isu penggunaan ubat tahan sakit yang sering kali diambil tanpa pengawasan yang rapi. Antara isi kandungan yang diketengahkan adalah paracetamol yang jika diambil secara berlebihan boleh menjejaskan fungsi hati. Perbincangan ini dapat memberikan pengetahuan kepada masyarakat bahawa jangan ambil mudah dengan gejala sakit dan pengawasanrawatan yang betul perlu dilakukan.

 

Search

+