NASAM STROKE GAMES 2019

22 Oct 2019

Tarikh: 19 Oktober 2019 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Tempat: Panasonic National Sports Complex, Shah Alam, Selangor

Anjuran:

  1. National Stroke Association of Malaysia (NASAM)
  2. Unit Klinik Lanjutan Strok, Klinik Primer Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (KPPC)
  3. Jabatan Perubatan Keluarga , Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Komuniti Ahli Strok Impikan Harapan (Kelab Kekasih)

Pendahuluan:

Unit Klinik Lanjutan Strok (KLS) dan Kelab Kekasih telah berjaya menyertai Temasya Sukan Strok (NASAM Stroke Games 2019) seperti yang dirancang. Unit KLS dan Kelab Kekasih telah dijemput untuk menghadiri pembarisan semasa hari perasmian sukan ini. Ini merupakan kali pertama Unit KLS dan Kelab Kekasih telah dijemput untuk menghadiri acara sebegini. Seramai 47 kakitangan, pesakit strok dan waris yang mewakili Unit KLS telah berjaya hadir ke temasya sukan ini. Sukan ini merupakan edisi kedua selepas edisi pertama yang telah diadakan pada tahun 2017. Tema untuk temasya sukan pada kali ini ialah “Celebrating Life After Stroke”.

Temasya sukan ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Oktober 2019. Sebanyak 300 peserta yang merupakan pesakit strok dari seluruh Malaysia dan Singapura telah menghadiri temasya sukan ini. Acara ini juga dimeriahkan dengan kehadiran wakil dari Hospital Rehabilitasi Cheras dan ReGen Rehab Hospital. Antara acara yang dipertandingkan pada temasya sukan kali ini ialah “seated volleyball, hand cycle, triathlon, modified weightlifting, table games, 4x40m, 50m, 50m hurdles, 150m, 300m, 400m, lawn bowl, distance throw, modified archery and darts”. Temasya sukan ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Jeanne Abdullah yang juga merupakan penaung bagi Majlis Paralimpik Malaysia.

Objektif keterlibatan:

1) Memberi pendedahan dan gambaran kepada pesakit strok dan ahli KLS tentang aktiviti yang ditawarkan oleh pihak NGO (terutamanya NASAM)

2) Memberi pendedahan kepada pesakit strok di bawah unit KLS bahawa penyakit strok bukan penghalang bagi untuk terus kekal aktif

3) Untuk menambahkan pengetahuan di kalangan ahli KLS tentang aktiviti sukan yang dapat dijalankan untuk pesakit strok

4) Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di kalangan ahli KLS dengan mencontohi aspek-aspek positif yang ditampilkan oleh pihak NGO

Impak program:

Pada perkhidmatan Unit KLS khususnya dan KPPC PPUKM umumnya, terdapat beberapa nilai-tambah yang dapat digunapakai dalam perkhidmatan termasuk;

  1. Mewujudkan aktiviti bulanan sukan bagi pesakit strok dan waris.
  2. Menyertai serta bertanding dalam NASAM Stroke Games pada masa yang akan datang.

Semasa Raptai Perbarisan 5 Oktober 2019:

Search

+