MEET THE EXPERT: Balance Assessment and Intervention
MEET THE EXPERT : BALANCE ASSESSMENT AND INTERVENTION
Penceramah : Dr Ziti Akhtar Binti Supian, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Seri Kembangan
Tarikh : 9/10/2025
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Tutorial, Klinik Primer HCTM
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Dr. Ziti Akhtar binti Supian, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seri Kembangan, kerana kesudian beliau meluangkan masa dan berkongsi ilmu yang amat bernilai dalam sesi MEET THE EXPERT: Balance Assessment and Intervention yang telah berlangsung pada Khamis, 9 Oktober 2025 bertempat di Bilik Tutorial, Klinik Primer HCTM. Dr Ziti merupakan pakar perubatan keluarga dan juga telah berjaya menamatkan latihan dalam program Fellowship in Community Stroke Care , Jabatan Perubatan Keluarga.
Kepakaran beliau dalam bidang pemulihan strok dan rawatan strok di Primary Care ini amat bersesuaian dengan topik yang dibincangkan.
Sesi ini telah memberi pendedahan yang mendalam serta input yang sangat berguna kepada semua peserta, khususnya dalam memahami kepentingan penilaian keseimbangan dan intervensi yang berkesan dalam penjagaan pesakit. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam amalan klinikal harian.
Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Ziti Akhtar atas komitmen dan kesudian beliau menjayakan sesi ini. Semoga kerjasama seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan.

