Majlis Serahan Sumbangan Kelab Komuniti Rakan Strok Klinik Primer (KEKASIH)

14 Apr 2023
Majlis penyerahan sumbangan kepada ahli Kelab Komuniti Rakan Strok Klinik Primer (KEKASIH) telah diadakan pada 14 April 2023 di Bilik Mesyuarat Klinik Primer HCTM. Sumbangan ini adalah sempena sambutan Hari Raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Objektif program diadakan adalah untuk  meringankan beban ahli KEKASIH dengan membuat kutipan derma seikhlas hati. Hasil kutipan terkumpul adalah sebanyak RM1270 dan diserahkan kepada Puan Zainab, selaku bendahari KEKASIH.
Hasil kutipan digunakan untuk membeli barangan makanan asasi  dan diserahkan kepada 18 orang ahli kelab yang layak menerima.  Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Noor Azah Aziz. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli KEKASIH, Dr Afiza Hanun,  Dr. Wan Nur Sabrina, Ketua Jururawat Hanisah, Jururawat Zazalina dan Jururawat Asriah.

Search

+