MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025 KLINIK PRIMER & JABATAN PERUBATAN KELUARGA

25 Apr 2025

Pada 20 Syawal 1446H bersamaan 18 April 2025, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Klinik Primer dan Jabatan Perubatan Keluarga bertempat di Klinik Primer HCTM, dari jam 11.30 pagi hingga 3.30 petang.

Sambutan tahun ini bertemakan “Nostalgia Raya 2025”, dan telah diketuai oleh Kelab Familia. Majlis dimeriahkan dengan konsep gerai raya, di mana setiap unit mengambil bahagian dengan mengendalikan gerai mereka sendiri, lengkap dengan hiasan dan juadah tradisional Hari Raya. Antara hidangan yang disediakan termasuklah satay, kuah kacang, lemang, laksa, nasi minyak serta pelbagai jenis kuih-muih tradisional.

Bagi menambah kemeriahan, pelbagai pertandingan telah dianjurkan seperti:

  • Pertandingan Gerai Tercantik
  • Pertandingan Pakaian Raya Lelaki & Wanita Tercantik
  • Pelbagai permainan raya yang mencuit hati

Tahniah diucapkan kepada Unit Penolong Pegawai Perubatan, Farmasi dan Fisioterapi yang telah dinobatkan sebagai Gerai Tercantik kerana memenuhi kriteria hiasan mengikut tema dan kreativiti yang dipersembahkan.

Majlis ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga jabatan, malah menjadi platform untuk memupuk semangat kerja berpasukan dalam suasana penuh kemeriahan dan nostalgia Syawal.

Search

+