Majlis Perhimpunan Kakitangan Klinik Primer HCTM Bil. 1/2025

26 Feb 2025

Tarikh : 21 Februari 2025
Masa : 8.00 – 9.00 pagi.
Tempat : Bilik Tutorial, Klinik Primer HCTM

Pada 21 Februari 2025, telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Kakitangan Klinik Primer HCTM yang pertama bagi tahun ini. Perhimpunan kali ini bertemakan Retro Futuristic dan diketuai oleh kakitangan di Jabatan Perubatan Keluarga serta pascasiswazah tahun 3.

Buat julung kalinya, elemen Artificial Intelligence (AI) diperkenalkan dalam majlis ini dengan menampilakan AI Man sebagai pengacara majlis.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan sketsa pendek oleh pascasiswazah tahun 3, diikuti dengan ucapan penuh inspirasi daripada Ketua Jabatan Perubatan Keluarga, Prof. Madya Dr. Saharuddin Ahmad.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan taklimat ringkas oleh Dr. Rahmah Kamaludin, selaku penyelaras Klinik Primer. Dr. Muhammad Naqib, selaku Pengerusi Kelab Familia bagi tahun 2025, turut menyampaikan ucapan beliau serta membentangkan takwim kelab bagi tahun 2025.

Majlis ini juga menyediakan pelbagai juadah enak yang berkonsepkan tradisional, menambah lagi kemeriahan suasana. Sebagai penutup, majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Dr. Mhd Shidee.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Search

+