Majlis Perhimpunan Bulanan Klinik Primer HCTM Bil. 2/2025
Majlis ini telah diadakan pada 4 Julai 2025 (Jumaat) bertempat di Bilik Tutorial, Klinik Primer HCTM, bermula pada jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah serta nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita sebagai pembuka tirai.
Majlis kali ini diterajui oleh Pegawai Perubatan dan Pascasiswazah Perubatan Keluarga, dengan penglibatan aktif dalam keseluruhan penganjuran program. Tema yang dibawakan adalah istimewa, dengan tajuknya ‘“FLIGHT RETIRE 2025: Menuju Inspirasi dan Aspirasi” yang diilhamkan daripada simbolik penerbangan — melambangkan perjalanan menuju fasa baharu dalam kehidupan, khususnya berkaitan persaraan dan perubahan kerjaya.
Majlis dimulakan dengan dalam ucapan alu-aluan daripada Ketua Jabatan Perubatan Keluarga , Prof Madya Dr Saharuddin Ahmad, di mana beliau merakamkan penghargaan kepada unit yang menerajui perhimpunan kali ini. Beliau turut menzahirkan rasa penghargaan kepada dua warga Klinik Primer HCTM yang telah bersara pada bulan Jun 2025.
Seterusnya , majlis diteruskan dengan ucapan oleh Penyelaras Klinik Primer HCTM, Dr Rahmah Kamaludin. Beliau menekankan kepentingan integriti, tanggungjawab dan sokongan berterusan terhadap program-program jabatan. Beliau turut memaklumkan dua program utama yang bakal dianjurkan:
- Program Pemantapan Perkhidmatan Kakitangan 2025 – akan diadakan pada bulan November 2025, selama 2 hari 1 malam di Hulu Langat, Selangor.
- Program Komuniti Orang Asli – akan dilaksanakan pada Ogos 2025, bertujuan menyantuni masyarakat Orang Asli dan memberi pendedahan kesihatan, berlangsung selama sehari (Sabtu).
Majlis turut memperkenalkan empat kakitangan baharu yang menyertai Klinik Primer HCTM, terdiri daripada:
- Loo Say Yee – Pensyarah Pakar Perubatan Keluarga
- Hayatul Najaa Binti Miptah – Felo Klinik ADC
- Ziti Akhtar Binti Supian – Felo Klinik KLS
- Puan Nurul Ain Binti Norzanggi Hasim – Pembantu Perawatan Klinik
Majlis diteruskan dengan ucapan serta tayangan video penghargaan buat dua tetamu yang diraikan atas persaraan mereka: Prof. Dr. Noorazah Binti Mohd Noor dan Puan Siti Hawa Binti Md Talib. Acara kemudiannya diserikan dengan sesi bergambar kakitangan dan tayangan video sambutan hari lahir bagi kakitangan yang lahir dari bulan Januari hingga Jun.
Majlis ditutup tepat jam 9.00 pagi dan diakhiri dengan jamuan sarapan pagi kepada semua kakitangan yang hadir.

