MAJLIS PERHIMPUAN KAKITANGAN KLINIK PRIMER HCTM BIL 4/2024
Tarikh : 13 Disember 2024
Masa : 8.00 – 9.00 pagi.
Tempat : Bilik Tutorial, Klinik Primer HCTM
Pada 13 Disember yang lalu, telah diadakan perhimpunan penutup untuk tahun 2024. Perhimpunan dimulakan dengan sambutan kepada semua kakitangan Jabatan, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan ucapan tahniah oleh Timbalan Ketua Jabatan atas penglibatan kakitangan Klinik Primer dalam pelbagai program komuniti sepanjang tahun 2024. Antara agenda perhimpunan ialah pemakluman mengenai lawatan Pengarah HCTM, Dato’ Dr. Azmi bin Baharudin, dan Timbalan Pengarah, Encik Mursidi Ahmad, ke Jabatan Perubatan Keluarga, pemakluman bahawa markah kepuasan pelanggan Klinik Primer berjaya mencapai 99.3%, mengingatkan semua kakitangan untuk melaporkan kepada pihak pengurusan sekiranya terdapat kebocoran atau kerosakan pada kemudahan yang terdapat di klinik, meminta pegawai-pegawai perubatan yang baru melaporkan diri untuk mengisi credentialing, pemakluman kepada semua kakitangan Klinik Primer untuk menghadiri taklimat kebakaran yang dijadualkan pada 20 Disember 2024, dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi. Perhimpunan diakhiri dengan pengumuman mengenai ahli Kelab Familia bagi tahun 2025 dan majlis sambutan hari jadi ahli Kelab Familia untuk tahun 2024.