Majlis Perasmian & Karnival Kesihatan Klinik Primer PPUKM Cheras pada 12hb Ogos 2017
Sukacita dimaklumkan Klinik Primer PPUKM Cheras akan dirasmikan oleh Pro Naib Canselor UKM (Penjanaan & Prasarana), YBhg Profesor Dr Nor Ghani bin Md Nor pada:
Tarikh: Sabtu 12 hb Ogos 2017
Masa: 9:00 pagi – 2:00 petang
Tempat: Klinik Primer PPUKM Cheras, Plaza Dwitasik, Bandar Seri Permaisuri.
Sempena meraikan perasmian Klinik Primer PPUKM Cheras, Karnival Kesihatan juga akan diadakan di sekitar kawasan klinik.
Aktiviti seperti saringan kesihatan dan pemeriksaan gigi akan dijalankan, disamping pameran yang memperkenalkan perkhidmatan Klinik Khas yang diberikan oleh warga Klinik Primer.
Jualan dari gerai-gerai yang mewakili pertubuhan. kelab KEKASIH serta vendor turut diadakan.
SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN RAKAN KESIHATAN KOMUNITI ANDA!
