Lawatan Kerja ke Klink Primer PPUKM Cheras oleh Fakulti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS)
Wakil dari Fakulti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Primer PPUKM Cheras pada 30hb November 2016. Pihak UniMAS telah diwakili oleh Profesor Dr. Mohammad Zulkarnaen bin Ahmad Narihan, Timbalan Dekan Pembangunan & Sumber Manusia dan Profesor Dr Syed Alwi Syed Abdul Rahman, Ketua, Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan UniMAS.
Tujuan lawatan diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dan berkongsi maklumat tentang pembinaan klinik primer yang sesuai untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran rawatan primer disamping memberikan perkhidmatan rawatan primer bagi kawasan setempat.
Tetamu telah dibawa melawat keseluruhan tapak klinik di Blok Menara dan Blok Klinikal. Taklimat tentang sejarah evolusi perkhidmatan rawatan primer di PPUKM telah diberikan oleh Ketua Jabatan, Profesor Madya Dr Aznida Firzah Abdul Aziz, manakala taklimat tentang polisi serta perkhidmatan Klinik telah diberikan oleh Penyelaras Klinikal Dr Ezura Madiana Md Monoto.
Adalah diharapkan perkongsian pengalaman pengubahsuaian pelan lantai klinik dapat memanfaatkan perancangan klinik primer di UniMAS kelak.





