Lawatan Ke Zoo Negara Malaysia

26 Feb 2025

Pada 23 Februari 2025, Klinik Lanjutan Strok Klinik Primer, dengan kerjasama Kelab Komuniti Rakan Strok (KEKASIH), telah menganjurkan lawatan ke Zoo Negara Malaysia.

Lawatan ini merupakan salah satu program yang dirancang oleh KEKASIH bagi tahun 2025. Seramai 65 orang telah menyertai lawatan ini, terdiri daripada pesakit Klinik Lanjutan Strok, ahli keluarga mereka, serta kakitangan Klinik Primer HCTM. Lawatan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dr. Rahmah Kamaludin, selaku penyelaras Klinik Primer.

Aktiviti dimulakan dengan senamrobik ringkas, diketuai oleh Miss Chow, salah seorang pesakit strok, selepas sesi sarapan pagi. Selain meneroka pelbagai zon haiwan di Zoo Negara, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, antaranya:

Pertandingan mewarna untuk peserta kanak-kanak
“Spell the Word” untuk peserta dewasa
Perkongsian mengenai diet seimbang oleh pakar pemakanan HCTM

Objektif program:

Meningkatkan kesedaran dan pemahaman ahli kelab mengenai kepentingan aktiviti rekreasi dalam memperbaiki kesejahteraan fizikal dan mental.
Memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dalam suasana santai, sekali gus menggalakkan hubungan sosial yang lebih erat.
Mengukuhkan kerjasama antara KEKASIH dan pihak pengurusan Zoo Negara dalam penganjuran aktiviti yang menyokong pemulihan pesakit strok.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya seperti yang dirancang, dengan semua peserta berpuas hati serta memperoleh manfaat daripada aktiviti yang dijalankan.

Search

+